Sunday, 19 February 2012

Kau yang bernama cinta

      Pernah seketika dulu sy berfikir "adakah aku perlu BERCINTA?".Masa tu sy dengki tengok kawan-kawan yang ad 'couple' nih,walaupun ada meluat sikit tengok persepsi sorang-sorang.Tapi dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 2 itu sy pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.Dan masa tu lah sy kenal awak.Saya rasa sy dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup sy.

      Mula-mula sy ingat nak mainkan awak.Ialah nak buang boring jew. Almaklumlah,,PMR pun x lepas gi, akal pun kurEng sikit.Awak pulak masa tu memang bukan 'taste' sy.Seorang mat rempit,dan perokok. Sy rasa awak memang teruk. Kenal pun melalui telefon.Tak pernah jumpa gi masa tu.Cuma guna mms jew.sy tengok awak,awak tengok sy.

      Hampir setahun kita bercinta,sy tak sedar sy dah makin sayang kat awak.Masa bercinta memang indah.semuanya indah.sikit-sikit gurau. sikit-sikit gelak-gelak.Kalau merajuk sama-sama pujuk -memujuk.Setiap pagi awak akan hantar mesej ucapan selamat pagi buat sy.Kalau 'birthday' sy sanggup tidur lewat sebab nak tunggu jam 12 untuk wish awak.Untuk diri ini, sy terasa amat bahagia.

      Dan suatu hari,sy perasan yang awak semakin berubah.Awak selalu ingatkan sy untuk menutup aurat dan jaga tingkah laku.Awak selalu bagi nasihat kat sy,bagi dorongan agar sy tak mudah berputus asa.Awak dah buang tabiat buruk awak yang suka melepak,awak kata,awak nak jadi orang yang berguna.Siap bawa sy solat lagi bila dah masuk waktu.Walaupun sedikit terkejut lihat perubahan awak,sebenarnya sy sangat gembira.

      Sebulan sebelum PMR,sy banyak mengadu kat awak tentang 'exam'.Tapi awak kata mengadu pada Allah adalah lebih baik.Memang ada benarnya,Sy akur dengan kata-kata awak.Tapi yang membuat kan hati sy lebih ingin dekat pada awak,sebab awak tak pernah tinggalkan sy sendirian.Setiap malam awak akan hubungi sy untuk menemani sy mengulangkaji pelajaran.Awak kata,awak nak pastikan sy faham bagaimana nak jawab 'paper' nanti.Result belakang cerita.Yang penting Ilmu masuk.

    Tiga hari sebelum 'exam' bermula, hati sy semakin berdebar.Yang lebih merisaukan sy.Awak tak dapat dihubungi.Sy pelik,disaat sy lebih memerlukan awak,awak hilang tanpa berita.Malam tu jugak,sy dpt panggilan dari abang awak.Dia kata awak sakit.Awak dimasukkan ke hospital subuh tadi.Sy tahu awak sakit,tapi sy tak tau awak sakit apa sebenarnya.Nak tanya kat abang awak,sy takut sangat.Takut untuk terima kenyataan.Namun Sy redha,apa pun yang terjadi sy tetap akan tunggu awak dan sudah semestinya sy selalu akan mendoakan awak.
 
    Hari untuk perang besar dah tiba.Sy rasa sangat-sangat 'nervous' hari tu.Sebelum masuk ke dalam  dewan ujian ,sy ngat hantar pesanan kat awak.Saja sy nak ingatkan kat awak hari ni dah 'exam'.Belum sempat pun sy nak 'send message'' awak dah telefon sy.Jantung sy berdebar! rasa tak percaya. ahhhh!! sukanya sy.Cepat sangat  tekan 'OK'.Awak bagi sy kata-kata semangat,awak kata sy perlu tahu yang awak sangat sayangkan sy.Awak nak sy lakukan yang terbaik.Hati sy membuak-buak gembiranya.Ialah dah pakwe 'Call' bagi kata-kata semangat mana taknya.Pagi tu sy masuk dewan peperiksaan dengan perasaan yang gembira tak terkata.Asyik senyum sepanjang hari.Sy jawab 'paper' pun semangat sangat.Amboiii angau sangat la tu.

      Di pendekkan cerita,tiba hari sy amik result pulak.Semestinya awak adalah orang pertama yang tahu pasal nih.Sy sedih,target paling kurang 6A tapi dapat sebaliknya.Walaupun keputusan sy tak membanggakan sangat namun awak tetap beri sokongan kat sy.Awak kata "Alah wak,tak pe.Yang penting awak dah usaha.Result awak ni kira okey dah.Dah cukup syarat untuk 'apply' SM Teknik.kalau nak".Bila dengar awak kata camtu lega sikit hati sy.Awak memang penawar hati sy.Sy sayang awak!.

     2 minggu lagi nak sambut tahun baru 2011 warhh!! sy tak sangka hubungan kita hampir mencecah 2 tahun.Sy selalu berharap agar kita akan kekal lebih lama lagi.Dalam minggu ni jugak sy dalam persiapan untuk melangkah ke tingkatan4.Ujian mendatang dalam hubungan kita apabila mak pindahkan sy ke sekolah harian berdekatan dengan tempat tinggal kami.Dah lah tak pernah jumpa,makin lama kita semakin berjauhan pulak.Masa semakin berlalu,Bulan April dah tiba.Birthday awak hampir dekat.Sy tak sabar nak ucap.Asyik dengan itu,tiba-tiba handphone sy berbunyi.Sy tersenyum lebar sy pasti itu awak.

"Assalamualaikum,boleh sy cakap ngan Nurul?"

"waalaikumusalam w.b.t. ya sy,Ada apa ya?"

Pelbagai soalan yang menerjah ke benak fikiran sy.Nombor awak tapi suara ini bukan kepunyaan awak.Adakah ...Ohhh! Tuhan tolong lah sy tak nak apa-apa terjadi pd dia


"Maaf ya, sy harap awak tabah.Niz dimasukkan ke hospital semalam.Doktor kata jantung nya tak berfungsi dengan baik.Jadi buat masa ni sy harap awak boleh faham keadaan dia." 


Sy terdiam kaku.Kaki sy menggigil tak tahu nak buat apa.Hati sy sebak sangat.Kenapalah awak diuji sebegini rupa.
.............................................................................................................................
   
Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Sy masih merindui awak.Sy dah cuba hubungi awak.Tapi tak ada tanda panggilan sy akan dijawab.Resah sangat fikirkan tentang awak. Ikut hati sy nak jenguk awak.Tapi apakan daya,sy perempuan.Mak tak boleh lepas sy pergi mana-mana tanpa sebab yang munasabah.

Suatu hari,sy dihubungi oleh abang awak dan dia meminta sy untuk datang jenguk awak.Dia kata awak dah sedar tapi masih lemah dan tak boleh banyak bergerak.Hati sy nak sangat pergi pada awak.Tapi mak mesti tak benarkan.Apabila tiba cuti sekolah,sy mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di tanah besar Sabah.Sy minta kebenaran nenek dan atuk untuk pergi jenguk awak.Alhamdulillah mereka setuju dan benarkan sy pergi.

Setelah sampai di Tenom,sy terus minta untuk dibawa berjumpa dengan awak.Alangkah tersentap hati sy apabila melihat awak.Perlahan-lahan sy menghampiri awak.Awak tersenyum bila melihat sy.Tubuh awak dah semakin susut.Awak tak macam dulu lagi.Hati sy menangis tak sanggup sy biarkan awak tanggung derita macam nih.Namun hanya senyuman yang terpapar di wajah ini.Sy suapkan awak makanan hiba hati ini namun tetap jua digagahi.Suasana sunyi seketika.Awak memulakan perbualan antara kita,

Awak: Alhamdulillah,Akhirnya Allah kabulkan permintaan kita berdua untuk bertemu.Tapi sy malu kerana bertemu dengan awak dalam keadaan begini.


Sy : Tak perlulah malu.lagi pun sy bersyukur sangat dapat peluang bertemu dengan awak.Awak tak rindu sy?


Sengaja sy bertanyakan soalan itu agar awak tidak berasa sedih.Sy masih tersenyum.

Awak : Tak kut.sebab awak dah ada di samping sy.Maka semua rindu sy pada awak dah terubat.
Sy : ngatkan awak memang tak pernah rindu.Sy takut kalau sy ja yang syok sendiri.ye tak?

Awak : Hey sayang,,kalau awak nak tahu.Awak lah orang pertama yang sy sangat-sangat rindu.Dan awak juga yang sy sangat sayang.
Awak genggam erat tangan sy sambil merenung lalu awak tersenyum.

Awak : Awak nak goda sy erk?
Sy : Eh?mana ada..(tunduk malu)


Awak : hahah..gurau ja laa.Sy suka tengok senyuman awak.

Sy : Thanks..

Awak : awak,kalau satu saat nanti sy takda awak jangan sedih ek?

sy : kenapa awak cakap macam tu?awak dah janji kan takkan pernah tinggalkan sy?( mata sy mulai berkaca)

Awak : Ya itu sy janji.Tapi ini cuma andaian jika Ajal mendahului jodoh kita.sy takut tak dapat bersama dengan awak lagi.Dan sy nak awak bersedia jika awak kehilangan sy nanti.Sy tak suka tengok awak sedih.Awak ratu sy.Awak jiwa sy.Jika sy diberi pilihan sy tak nak semua ini terjadi.


Sy : Awak tak bosan ke asyik duduk saja?Cuaca kat luar nampak sesuai untuk kita bersiar-siar.

Cuba mengubah topik perbualan.Masa tu sy dah mula sebak.Sy cuba alihkan pandangan sy dari melihat awak.Sy pandang ke arah tingkap.

Awak : wak..pandang sy..(mengangkat muka sy).
Awak,Sy cintakan awak.Sy ingin awak selalu disamping sy.Tapi andai ajal sy tiba lebih awal,
awak janji jangan pernah rindukan sy.


Sy : tapi kenapa..?Sy cintakan awak.Awak tak boleh kata macam ni.tak baik tau.

Cuba menahan Sebak didada.Tunjuk lagak bersahaja depan awak.Masih mampu tersenyum namun hati tak boleh menipu.

Awak : sebab awak akan siksa batin sy.sy takkan tenang andai orang yang sy sayang menangisi pemergian sy nanti.Sy cintakan awak jugak.Tapi awak perlu terima kenyataan tantang semua ini.


Sy : Tapi sy tak boleh.Sy hanya untuk awak.Sy tak mahu kehilangan awak.Sy tetap akan rindu awak.


Awak : Sy nak awak sentiasa ingat yang Allah ada bersama kita.Allah itu maha adil.Awak,pandang kat sy Sayang.Kalau awak rindukan sy,awak tengok kat bulan.Cantik dikala kegelapan.Pengubat dikala kesunyian.


Sy : kalau sy rindu awak waktu siang camna?


Awak : ingat segala memori kita.Anggap sy selalu disamping awak.Awak ingat tak sumpah sy untuk jaga awak seumur hidup sy?Sy harap awak lah yang akan temani sy di syurga nanti.Sy nak awak jadi bidadari sy.Sy syg awak sangat.Jangan pernah lupakan sy ya comel?.. I Love You more than i love my self.

Sy tertunduk.Air mata yang ditahan akhirnya melimpah keluar.Awak peluk sy.Sy menangis sepuasnya dibahu awak.Awak genggam tangan sy.

"Cik?masa melawat dah tamat."Jururawat memberi peringatan sekali lagi.Awak mengusap lembut air mata di pipi sy."Esok awak datang lagi kan?" awak bertanya inginkan kepastian.Sy tersenyum hambar lalu mengangguk.Sy akui malam itu sy terlalu fikirkan tentang awak.Jiwa sy rasa kosong tanpa menerima mesej dari awak,panggilan apatah lagi.Dan kerana terlalu letih sy sendiri tak sedar bila sy mula terlena.

Tepat jam 01:35 a.m ,handset sy berdering ternyata ia panggilan dari awak.memang sifat sy tak suka diganggau ketika sedang lena,namun kerana sayangkan awak sy gagahi juga diri sy untuk menjawab panggilan awak.'Mungkin ini panggilan penting' bisik sy sendirian."Hello?nape wak?awak sakit lagi?" belum sempat awak bagi salam sy dah keluarkan bertubi-tubi soalan.Awak tergelak,awak kata takda apa,saja nak tanya khabar.Masa tu sy betul-betul mengantuk sangat.tetapi,apabila dah dikejutkan dengan bunyi deringan pada awal pagi sudah tentu sy fikirkan ia adalah panggilan mustahak lagi-lagi jika panggilan itu datangnya dari awak.Antara sedar atau tidak sy pagi tu dah tengking awak.Sy tahu awak terasa.Kita mula bertengkar.Sy minta awak masuk wad tapi awak degil.Dan selang beberapa minit,kerana terlalu ikutkan emosi sy off handset.Tak kuasa nak layan awak.Sy merasa terlalu penat.

Keesokan harinya sy sedang menuju ke hospital dimana awak ditempatkan .Alangkah terkejutnya sy bila menerima puluhan pesanan daripada awak yang menunjukkan bertapa awak kesal atas apa yang berlaku.Kemudian sy dikejutkan lagi dengan panggilan pihak hospital yang mengatakan awak dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di sebuah taman.Sy mula teringatkan apa yang telah sy lakukan pada awak semalam.Oh! kejamnya sy!Sy tak boleh maafkan diri sy.Sy tinggalkan awak bersendirian.Sy tak memahami awak.Sy terlalu ikutkan emosi.Sy terlalu ego.Semuanya salah sy.Sy bingung,sy telah ingkari janji sy untuk jaga awak dengan baik.Sy yang menyebabkan awak jadi macam ini.Sy tak boleh maafkan diri sy.Sy yang menambahkan tekanan pada diri awak hingga awak jadi begini.

Selepas awak di tempatkan di wad awak semula.Sy mengambil tempat sy untuk jaga awak.sy nak tebus segala kesalahan sy.Sy tahu itu tak cukup.Tapi sy buat sekadar yang termampu.Sy berusaha untuk tebus semuanya.Sy renung ke wajah sayu awak,pucat,tak bermaya.Sy menangis.Kali ini sukar untuk reda.Sy kesal! Sy telah melukai awak.Setiap malam sy menemani awak hingga ke penghujung cuti sekolah.Awak masih belum sedar.Doktor sahkan awak koma.Maka awak dihantar ke hospital besar yang boleh memulihkan awak.Masa itu sy dah tak boleh temani awak kerana sy perlu meneruskan persekolahan sy. Pada malam yang menemani awak tanpa sy disisi,sy selalu mengirimkan doa untuk awak.Walaupun jauh beribu batu namun sy tahu Allah maha mendengar.Setiap malam, tidur sy bertemankan air mata.Kekesalan tanpa kesudahan.Sy janji pada diri sy untuk setia menunggu awak seumur hidup sy.

----------------------------------------------------------------------------------------------





a tangleD tale Of fairytAle