Thursday 5 April 2012

kamu cinta,dia ubat

 
disini aku ceritakan kisah cinta aku yang sangat memberat dihati ini.agar boleh dijadikan teladan remaja junior

dalam ramai lelaki yang aku couple hanya kau seorang yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini.aku tak tahu macam mana nak kata.kau kunci hati aku dengan nama kau yang membuat aku derita bila ditinggalkan sendirian.serius aku ckap aku boleh couple dengan org lain tapi aku tak boleh gantikan tempat kau dihati ni. Melupakanmu adalah sesuatu yang amat mustahil.berapa lama lagi aku harus menanti hingga kau terjaga dari mimpi indahmu.kembalikan hatiku agar aku boleh meneruskan hidup ini tanpa mengenangmu walau sesaat pun.aku mohon lepaskan aku tanpa tinggalkan kesan.
a tangleD tale Of fairytAle

Saturday 17 March 2012

trouble?? =="

                     This time  aku nak kongsikan cerita tentang adat resam etnik Bisaya di Sabah.Arr just nak cerita tentang petua  mengubati sesuatu penyakit saja hehe .cuti penggal lalu aku bercuti di kampung halaman yang bertempat di Kuala Penyu dan sudah tentu terletak di negeri di bawah bayu yang tercinta.Di pendekkan cerita, 2 hari sebelum aku balik ke pangkuan ibunda di W.P.Labuan aku diserang satu penyakit aneh.Tak pernah aku kena .Aku pun tidak tahu apa puncanya.orang tua-tua kata first time hahaha! . Amboi gelaknya~


benda nih lah yang melekat kat mata aku sekarang.huhu

Kalau kat tempat aku,benda ni digelar otud. In Malay kita cakap mata bernanah.Huh berat sungguh mata kalau benda nih dah melekat kat mata kita.Balik kepada tajuk asal. Mengikut adat resam kat tempat aku,cara nak cegah benda ni daripada semakin membesar kita perlu kan pucuk daun lada.huh? aaa ni la yang sak amal kan kat kampung.Daun tu ditumbuk sehingga lumat dan perahan air daun lada tadi di titiskan di tempat yang berkenaan.
yeahhh da abisz... hahak tu jew tuk this week :P ~sekian~

a tangleD tale Of fairytAle

Sunday 11 March 2012

Tanda2 lelaki setia ~


1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3.Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11.Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17.Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18.Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun

20.dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22.Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.. 
(berdasarkan pengalaman penulis)











a tangleD tale Of fairytAle

Wednesday 7 March 2012

Seloka 5 Alfa

Salam diberi pembuka kata,
apa khabar anda semua?
Diselitkan disini seloka 5Alfa,
nak tau apa dia,meh lah baca.

Tegas mengajar,lembut hatinya,
guru kelas kami dari awalnya
Cikgu Siti Maziah sporting orangnya,
"see the leg laa" trademarknya

Dari Sepilok asal tempatnya,
bukan monyet comel senyumnya,
class monitor itu jawatannya,
Redwend Kinso dialah orangnya.

PRS sekolah empunya jawatan,
jawatan si Dia tak menang tangan.
Petah bertutur bahasa Iban,
Eta Daiyana mustahil kau tak kenal kan?

Kadet bomba unit pilihannya,
Matanya sepet tapi bukan cina,
Fatin Azura itu namanya,
Mariana dan Juewana sahabat setianya,

gebu kulitnya 'cute' mukanya,
bila bicara brunei loghat nya,
Nadia pula simple orangnya,
senyum tak hilang 'happy' sentiasa.

Asalnya dari kg.Belukut,
kecik-kecik cili padi,
ada gelaran 'jaguh pecut'
Mimi Asmilah empunya diri ,

Ramah & mesra setahu saya,
Status pengawas itu jawatannya,
Intan Safinas itulah dia,
Ditanya 1 dijawab semuanya.

Anak kelahiran Bumi Kenyalang,
tinggi bolehlah putih kulitnya,
Eurecca Blair gerangan si dayang
Rozieani rustam partner hebatnya.

Menyusul tiba giliran Rozima,
tak boleh diam,rock tah jua,
Frency pula steady saja,
Pengawas sekolah itu pangkatnya.

Nurul Ruhidayah comel orangnya.
Rozie Yeo itu sahabat sejatinya,
Punya kembar seiring dengannya,
Nurul Ruhidayu itu lah dia.

Pendiam orangnya,penuh misteri,
psv diambil subjek dihati,
Khairah zahari empunya diri,
Nurmie Hafizah teman disisi,

diam-diam ubi berisi,
sungguh bersahaja selalu dibuli,
Ricky Paulinus gelaran diberi,
apa kau fikir dia tak beerti?.

'cool' orangnya,segak berdiri,
Weldy dalisan empunya diri,
sini ku kenalkan orang kuat kami,
 Aswan Alias gerangan diberi.



Tu dia dak slamber bernama Hazmi,
tak reti dok diam kesana kemari,
ni pulak Zul Hilmi menampilkan diri,
duduk bercerita dah jadi hobi.

Nurul Atiqah nama diberi,
ini tuan empunya seloka,
Sulizah Ibrahim teman sehati,
1 kepala  kami berdua

Usai sudah saya berbicara,
niat bergurau terlanjur sudah,
Tiada niat dihati hamba,
Andai terkasar maaf ku pinta.



OuR Taiko!
Queen of 5 Alfa

cikgu
Siti Maziah Shafiai




a tangleD tale Of fairytAle

Sunday 19 February 2012

Kau yang bernama cinta

      Pernah seketika dulu sy berfikir "adakah aku perlu BERCINTA?".Masa tu sy dengki tengok kawan-kawan yang ad 'couple' nih,walaupun ada meluat sikit tengok persepsi sorang-sorang.Tapi dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 2 itu sy pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.Dan masa tu lah sy kenal awak.Saya rasa sy dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup sy.

      Mula-mula sy ingat nak mainkan awak.Ialah nak buang boring jew. Almaklumlah,,PMR pun x lepas gi, akal pun kurEng sikit.Awak pulak masa tu memang bukan 'taste' sy.Seorang mat rempit,dan perokok. Sy rasa awak memang teruk. Kenal pun melalui telefon.Tak pernah jumpa gi masa tu.Cuma guna mms jew.sy tengok awak,awak tengok sy.

      Hampir setahun kita bercinta,sy tak sedar sy dah makin sayang kat awak.Masa bercinta memang indah.semuanya indah.sikit-sikit gurau. sikit-sikit gelak-gelak.Kalau merajuk sama-sama pujuk -memujuk.Setiap pagi awak akan hantar mesej ucapan selamat pagi buat sy.Kalau 'birthday' sy sanggup tidur lewat sebab nak tunggu jam 12 untuk wish awak.Untuk diri ini, sy terasa amat bahagia.

      Dan suatu hari,sy perasan yang awak semakin berubah.Awak selalu ingatkan sy untuk menutup aurat dan jaga tingkah laku.Awak selalu bagi nasihat kat sy,bagi dorongan agar sy tak mudah berputus asa.Awak dah buang tabiat buruk awak yang suka melepak,awak kata,awak nak jadi orang yang berguna.Siap bawa sy solat lagi bila dah masuk waktu.Walaupun sedikit terkejut lihat perubahan awak,sebenarnya sy sangat gembira.

      Sebulan sebelum PMR,sy banyak mengadu kat awak tentang 'exam'.Tapi awak kata mengadu pada Allah adalah lebih baik.Memang ada benarnya,Sy akur dengan kata-kata awak.Tapi yang membuat kan hati sy lebih ingin dekat pada awak,sebab awak tak pernah tinggalkan sy sendirian.Setiap malam awak akan hubungi sy untuk menemani sy mengulangkaji pelajaran.Awak kata,awak nak pastikan sy faham bagaimana nak jawab 'paper' nanti.Result belakang cerita.Yang penting Ilmu masuk.

    Tiga hari sebelum 'exam' bermula, hati sy semakin berdebar.Yang lebih merisaukan sy.Awak tak dapat dihubungi.Sy pelik,disaat sy lebih memerlukan awak,awak hilang tanpa berita.Malam tu jugak,sy dpt panggilan dari abang awak.Dia kata awak sakit.Awak dimasukkan ke hospital subuh tadi.Sy tahu awak sakit,tapi sy tak tau awak sakit apa sebenarnya.Nak tanya kat abang awak,sy takut sangat.Takut untuk terima kenyataan.Namun Sy redha,apa pun yang terjadi sy tetap akan tunggu awak dan sudah semestinya sy selalu akan mendoakan awak.
 
    Hari untuk perang besar dah tiba.Sy rasa sangat-sangat 'nervous' hari tu.Sebelum masuk ke dalam  dewan ujian ,sy ngat hantar pesanan kat awak.Saja sy nak ingatkan kat awak hari ni dah 'exam'.Belum sempat pun sy nak 'send message'' awak dah telefon sy.Jantung sy berdebar! rasa tak percaya. ahhhh!! sukanya sy.Cepat sangat  tekan 'OK'.Awak bagi sy kata-kata semangat,awak kata sy perlu tahu yang awak sangat sayangkan sy.Awak nak sy lakukan yang terbaik.Hati sy membuak-buak gembiranya.Ialah dah pakwe 'Call' bagi kata-kata semangat mana taknya.Pagi tu sy masuk dewan peperiksaan dengan perasaan yang gembira tak terkata.Asyik senyum sepanjang hari.Sy jawab 'paper' pun semangat sangat.Amboiii angau sangat la tu.

      Di pendekkan cerita,tiba hari sy amik result pulak.Semestinya awak adalah orang pertama yang tahu pasal nih.Sy sedih,target paling kurang 6A tapi dapat sebaliknya.Walaupun keputusan sy tak membanggakan sangat namun awak tetap beri sokongan kat sy.Awak kata "Alah wak,tak pe.Yang penting awak dah usaha.Result awak ni kira okey dah.Dah cukup syarat untuk 'apply' SM Teknik.kalau nak".Bila dengar awak kata camtu lega sikit hati sy.Awak memang penawar hati sy.Sy sayang awak!.

     2 minggu lagi nak sambut tahun baru 2011 warhh!! sy tak sangka hubungan kita hampir mencecah 2 tahun.Sy selalu berharap agar kita akan kekal lebih lama lagi.Dalam minggu ni jugak sy dalam persiapan untuk melangkah ke tingkatan4.Ujian mendatang dalam hubungan kita apabila mak pindahkan sy ke sekolah harian berdekatan dengan tempat tinggal kami.Dah lah tak pernah jumpa,makin lama kita semakin berjauhan pulak.Masa semakin berlalu,Bulan April dah tiba.Birthday awak hampir dekat.Sy tak sabar nak ucap.Asyik dengan itu,tiba-tiba handphone sy berbunyi.Sy tersenyum lebar sy pasti itu awak.

"Assalamualaikum,boleh sy cakap ngan Nurul?"

"waalaikumusalam w.b.t. ya sy,Ada apa ya?"

Pelbagai soalan yang menerjah ke benak fikiran sy.Nombor awak tapi suara ini bukan kepunyaan awak.Adakah ...Ohhh! Tuhan tolong lah sy tak nak apa-apa terjadi pd dia


"Maaf ya, sy harap awak tabah.Niz dimasukkan ke hospital semalam.Doktor kata jantung nya tak berfungsi dengan baik.Jadi buat masa ni sy harap awak boleh faham keadaan dia." 


Sy terdiam kaku.Kaki sy menggigil tak tahu nak buat apa.Hati sy sebak sangat.Kenapalah awak diuji sebegini rupa.
.............................................................................................................................
   
Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Sy masih merindui awak.Sy dah cuba hubungi awak.Tapi tak ada tanda panggilan sy akan dijawab.Resah sangat fikirkan tentang awak. Ikut hati sy nak jenguk awak.Tapi apakan daya,sy perempuan.Mak tak boleh lepas sy pergi mana-mana tanpa sebab yang munasabah.

Suatu hari,sy dihubungi oleh abang awak dan dia meminta sy untuk datang jenguk awak.Dia kata awak dah sedar tapi masih lemah dan tak boleh banyak bergerak.Hati sy nak sangat pergi pada awak.Tapi mak mesti tak benarkan.Apabila tiba cuti sekolah,sy mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di tanah besar Sabah.Sy minta kebenaran nenek dan atuk untuk pergi jenguk awak.Alhamdulillah mereka setuju dan benarkan sy pergi.

Setelah sampai di Tenom,sy terus minta untuk dibawa berjumpa dengan awak.Alangkah tersentap hati sy apabila melihat awak.Perlahan-lahan sy menghampiri awak.Awak tersenyum bila melihat sy.Tubuh awak dah semakin susut.Awak tak macam dulu lagi.Hati sy menangis tak sanggup sy biarkan awak tanggung derita macam nih.Namun hanya senyuman yang terpapar di wajah ini.Sy suapkan awak makanan hiba hati ini namun tetap jua digagahi.Suasana sunyi seketika.Awak memulakan perbualan antara kita,

Awak: Alhamdulillah,Akhirnya Allah kabulkan permintaan kita berdua untuk bertemu.Tapi sy malu kerana bertemu dengan awak dalam keadaan begini.


Sy : Tak perlulah malu.lagi pun sy bersyukur sangat dapat peluang bertemu dengan awak.Awak tak rindu sy?


Sengaja sy bertanyakan soalan itu agar awak tidak berasa sedih.Sy masih tersenyum.

Awak : Tak kut.sebab awak dah ada di samping sy.Maka semua rindu sy pada awak dah terubat.
Sy : ngatkan awak memang tak pernah rindu.Sy takut kalau sy ja yang syok sendiri.ye tak?

Awak : Hey sayang,,kalau awak nak tahu.Awak lah orang pertama yang sy sangat-sangat rindu.Dan awak juga yang sy sangat sayang.
Awak genggam erat tangan sy sambil merenung lalu awak tersenyum.

Awak : Awak nak goda sy erk?
Sy : Eh?mana ada..(tunduk malu)


Awak : hahah..gurau ja laa.Sy suka tengok senyuman awak.

Sy : Thanks..

Awak : awak,kalau satu saat nanti sy takda awak jangan sedih ek?

sy : kenapa awak cakap macam tu?awak dah janji kan takkan pernah tinggalkan sy?( mata sy mulai berkaca)

Awak : Ya itu sy janji.Tapi ini cuma andaian jika Ajal mendahului jodoh kita.sy takut tak dapat bersama dengan awak lagi.Dan sy nak awak bersedia jika awak kehilangan sy nanti.Sy tak suka tengok awak sedih.Awak ratu sy.Awak jiwa sy.Jika sy diberi pilihan sy tak nak semua ini terjadi.


Sy : Awak tak bosan ke asyik duduk saja?Cuaca kat luar nampak sesuai untuk kita bersiar-siar.

Cuba mengubah topik perbualan.Masa tu sy dah mula sebak.Sy cuba alihkan pandangan sy dari melihat awak.Sy pandang ke arah tingkap.

Awak : wak..pandang sy..(mengangkat muka sy).
Awak,Sy cintakan awak.Sy ingin awak selalu disamping sy.Tapi andai ajal sy tiba lebih awal,
awak janji jangan pernah rindukan sy.


Sy : tapi kenapa..?Sy cintakan awak.Awak tak boleh kata macam ni.tak baik tau.

Cuba menahan Sebak didada.Tunjuk lagak bersahaja depan awak.Masih mampu tersenyum namun hati tak boleh menipu.

Awak : sebab awak akan siksa batin sy.sy takkan tenang andai orang yang sy sayang menangisi pemergian sy nanti.Sy cintakan awak jugak.Tapi awak perlu terima kenyataan tantang semua ini.


Sy : Tapi sy tak boleh.Sy hanya untuk awak.Sy tak mahu kehilangan awak.Sy tetap akan rindu awak.


Awak : Sy nak awak sentiasa ingat yang Allah ada bersama kita.Allah itu maha adil.Awak,pandang kat sy Sayang.Kalau awak rindukan sy,awak tengok kat bulan.Cantik dikala kegelapan.Pengubat dikala kesunyian.


Sy : kalau sy rindu awak waktu siang camna?


Awak : ingat segala memori kita.Anggap sy selalu disamping awak.Awak ingat tak sumpah sy untuk jaga awak seumur hidup sy?Sy harap awak lah yang akan temani sy di syurga nanti.Sy nak awak jadi bidadari sy.Sy syg awak sangat.Jangan pernah lupakan sy ya comel?.. I Love You more than i love my self.

Sy tertunduk.Air mata yang ditahan akhirnya melimpah keluar.Awak peluk sy.Sy menangis sepuasnya dibahu awak.Awak genggam tangan sy.

"Cik?masa melawat dah tamat."Jururawat memberi peringatan sekali lagi.Awak mengusap lembut air mata di pipi sy."Esok awak datang lagi kan?" awak bertanya inginkan kepastian.Sy tersenyum hambar lalu mengangguk.Sy akui malam itu sy terlalu fikirkan tentang awak.Jiwa sy rasa kosong tanpa menerima mesej dari awak,panggilan apatah lagi.Dan kerana terlalu letih sy sendiri tak sedar bila sy mula terlena.

Tepat jam 01:35 a.m ,handset sy berdering ternyata ia panggilan dari awak.memang sifat sy tak suka diganggau ketika sedang lena,namun kerana sayangkan awak sy gagahi juga diri sy untuk menjawab panggilan awak.'Mungkin ini panggilan penting' bisik sy sendirian."Hello?nape wak?awak sakit lagi?" belum sempat awak bagi salam sy dah keluarkan bertubi-tubi soalan.Awak tergelak,awak kata takda apa,saja nak tanya khabar.Masa tu sy betul-betul mengantuk sangat.tetapi,apabila dah dikejutkan dengan bunyi deringan pada awal pagi sudah tentu sy fikirkan ia adalah panggilan mustahak lagi-lagi jika panggilan itu datangnya dari awak.Antara sedar atau tidak sy pagi tu dah tengking awak.Sy tahu awak terasa.Kita mula bertengkar.Sy minta awak masuk wad tapi awak degil.Dan selang beberapa minit,kerana terlalu ikutkan emosi sy off handset.Tak kuasa nak layan awak.Sy merasa terlalu penat.

Keesokan harinya sy sedang menuju ke hospital dimana awak ditempatkan .Alangkah terkejutnya sy bila menerima puluhan pesanan daripada awak yang menunjukkan bertapa awak kesal atas apa yang berlaku.Kemudian sy dikejutkan lagi dengan panggilan pihak hospital yang mengatakan awak dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di sebuah taman.Sy mula teringatkan apa yang telah sy lakukan pada awak semalam.Oh! kejamnya sy!Sy tak boleh maafkan diri sy.Sy tinggalkan awak bersendirian.Sy tak memahami awak.Sy terlalu ikutkan emosi.Sy terlalu ego.Semuanya salah sy.Sy bingung,sy telah ingkari janji sy untuk jaga awak dengan baik.Sy yang menyebabkan awak jadi macam ini.Sy tak boleh maafkan diri sy.Sy yang menambahkan tekanan pada diri awak hingga awak jadi begini.

Selepas awak di tempatkan di wad awak semula.Sy mengambil tempat sy untuk jaga awak.sy nak tebus segala kesalahan sy.Sy tahu itu tak cukup.Tapi sy buat sekadar yang termampu.Sy berusaha untuk tebus semuanya.Sy renung ke wajah sayu awak,pucat,tak bermaya.Sy menangis.Kali ini sukar untuk reda.Sy kesal! Sy telah melukai awak.Setiap malam sy menemani awak hingga ke penghujung cuti sekolah.Awak masih belum sedar.Doktor sahkan awak koma.Maka awak dihantar ke hospital besar yang boleh memulihkan awak.Masa itu sy dah tak boleh temani awak kerana sy perlu meneruskan persekolahan sy. Pada malam yang menemani awak tanpa sy disisi,sy selalu mengirimkan doa untuk awak.Walaupun jauh beribu batu namun sy tahu Allah maha mendengar.Setiap malam, tidur sy bertemankan air mata.Kekesalan tanpa kesudahan.Sy janji pada diri sy untuk setia menunggu awak seumur hidup sy.

----------------------------------------------------------------------------------------------





a tangleD tale Of fairytAle

Monday 2 January 2012

aDa apA dengaN hatI..??

Hati dikatakan tidak pernah puas dengan sesuatu
padahal yang melakukan nya adalah nafsu..
sering dikatakan hati ini menipu 
jIka diikutkan dea cuma tidak mahu yang lain terluka
hati ini sering dikatakan ego 
tetapi sebenarnYa dea malu dengan pergaulan tanpa batasan
kadangkala hati menangis mahukan yang terbaik


hati ini mencoba untuk bangun dan pulihkan diri namun ada saja yang iri hati
hati tetap teguh berdiri namun akan lemah jika tidak didampingi
maka hati selalu bersendirian..
sunyI dan sepi..jarang yang menemani
hati ini selalu mengalah walaupun dea sering dibenci 
hatI ini rela disakiti tetapi selalu memaafkan..
hanya kerana seorang teman atas nama Allah dea bersumpah 
agar tidak akan menyakiti hati orang yang disayangi..
sungguh suci nya hati ini . . menyayangI tanpa disayangI.. :)






a tangleD tale Of fairytAle

masIh dIsinI masIh dengAnmU








Ku perGi HanYa seBentaR saJa 
bukanNya uTk mnJauhI mu

meNcobA tUk caRi baGaImana
baIknYa unTuk kiTa berdUa

seTelaH ku pUtuskaN kembaLi
ku puLanG mencaRi mu keKasIh
tetapI kau buKan dirImu lagI
kau tElah jaUh berUbah
ApakaH kaU suDah adA yG baru

tLg jgn kAu kataKan kAu suKa
jgAn2 kaU fikIrkan egO mu saJa
aKu masIh disIni
biaR kau taHu berTapa sUlitnYa aku
seLama inI cIntai kamU
aKu masIh denGanmu




cObaLah kaU inGat keMbalI maSa-maSa IndaH denGanku
daN jujUr aPakaH sEmua kinI sudah teRlambaT
ataUkaH kau sudAh temUkan yang barU~

a tangleD tale Of fairytAle